Pengikut

KEMAHIRAN MENULIS MURID PRASEKOLAH

Kemahiran menulis perlu di asah bermula dari bangku prasekolah lagi. Kanak-kanak ini perlu di ajar cara menulis dengan betul di samping itu dapat membantu mereka mengenal huruf. Di sini saya kongsikan tips bagi membantu mereka dalam awal penulisan.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pembelajaran bahasa menerusi pembinaan pengalaman


Pembelajaran Bahasa Menerusi Pembinaan Pengalaman

Kanak-kanak membina kecekapan berbahasa menerusi interaksi dengan persekitaran. Dipercayai kanak-kanak membina teori tentang pengalaman dan kemudian menghubungkaitkan sesuatu yang telah berlaku. Selanjutnya menerusi pertambahan pengalaman kehidupannya berlaku ulangkaji dan pertambahan penyelesaian penerangan. Maksudnya kanak-kanak semakin meningkat usianya akan membetulkan penguasaan bahasa dengan mengaitkan sesuatu yang pernah dialaminya. Guru dan ibu bapa dilihat melibatkan diri bersama kanak-kanak untuk mendedahkan pengalaman menerusi kepelbagaian aktiviti yang menarik seperti aktiviti penyelesaian masalah.

Kejelasan dalam pertuturan kanak-kanak


Kejelasan Dalam Pertuturan Kanak-Kanak

Kanak-kanak berusia 3 tahun biasanya pertuturannya tidak jelas. Satu daripada setiap empat perkataan kanak-kanak taska tidak difahami sepenuhnya. Tidak kejelasan ini sebahagiannya disebabkan ketidakupayaan untuk mengawal mulut, lidah, pernafasan dan mendengar sebutan yang berbeza dan perbezaan dalam percakapan. Sebutan konsonan dengan betul akan jelas apabila kanak-kanak ini berusia 7 tahun atau 8 tahun. Kanak-kanak taska hanya boleh menyebut dengan sebutan betul lebih kurang 40 hingga 80 peratus. Ini disebabkan kekurangan untuk menguasai bunyi bahasa.

Rabu, 19 Oktober 2011

Semangat juang

Semangat kerana menjadi seorang guru memang selalu ada. Tidak pula pernah menganggap ianya sebagai suatu kebetulan malah kurasakan memang Allah telah memilihku untuk berjuang serta berbakti ke jalanNya melalui cara ini. Seringkali aku mendendangkan lagu ini sendirian agar semangat untuk mendidik anak bangsa terus menyala dan berkobar-kobar. Rakan-rakan guru sekelian, kita adalah 'Arkitek Bangsa"...ayuh teruskan perjuangan kita...


lirik lagu pencetus semangat


LAGU GURU MALAYSIA


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Rabu, 12 Oktober 2011

Tingkah Laku Bermasalah Disruktif

We Are Going On A Bear Hunt by Michael Rosen


Hi there...ewah, 'speaking London' lak Cikgu Lia nih..bukan ape, hari ni nak tunjuk klip video yang paling di minati oleh putraputri prasekolah saya. Siap mintak nak buat aksi ni dan alhamdulillah, dah boleh hafal ayat-ayat beserta aksinya sekali..ni yang buat Cikgu tambah sayang kat awak semua. Mula-mula memang susah tapi bak kata pepatah Inggeris "practise makes perfect"..bila dah timbul minat, semua boleh...percayalah...

Isnin, 10 Oktober 2011

Pertandingan mewarna sempena Hari Kantin SMKLKiri 2011

Ni gambar-gambar saya bersama ppm serta putraputri prasekolah SKLK semasa sambutan hari kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri (SMKLK). Kami di jemput untuk menyertai pertandingan mewarna. Alhamdulillah berkat usaha mereka, ada yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan Cikgu bangga dengan awak semua... yeay...





Jumaat, 23 September 2011

permulaan

Alangkah bahagianya meniti hari-hari sebagai seorang guru prasekolah, mendidik dan membimbing putera puteri negara kita. Lumrah kehidupan, ada masa suka, ada juga masa duka..terpulang kepada kita bagaimana untuk menanganinya.  
Itulah rencah kehidupan...tanpanya, hidup tiada indahnya, hilang warna-warni. Perjuangan belum bertemu titik noktah, selagi termampu, akan diteruskan hingga tiba had kemampuannya. Semoga dalam perjuangan ini, kejayaan bakal diperolehi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...